Pages

Sunday 5 June 2011

Kenapa nak marah ni?


Salam sejahtera para pembaca sekalian, harap semua sihat wal afiat lah ye.

Sejak tiga menjak ni makin banyak pulak aku dengar isu-isu terbaru dan panas, diantaranya isu artis buat video clip separuh lucah yang kononnya INTERNATIONAL la kan, so ada la blogger2 dan peminat yang tak puas hati lalu memberi kritikan dan nasihat kepada beliau, tetapi seperti tidak bersalah beliau mencaci para blogger dan peminat beliau dengan panggilan anjing/ asshole dan siap ada Middle Finger lagi..wuhu..panas.

Apa2 pon, bawak bersabarlah cik abang oi, cuba kalau sedara buat video yang sopan skit, perlu ke dimasukkan unsur2 lucah untuk menaikkan sesuatu filem ke mata dunia?. Tu satu persoalan.

Yang keduanya, sebagai seorang muslim yang bernama Gambit Saifullah, sedara sepatutnya bersifat terbuka menerima kritikan, ini tidak, marah dan maki hamun pulak saudara kasik, come on, be positif la kan. Semua kecoh2 ni takkan berlaku la kalau saudara sayang mulut dan rendah diri, be humble.. Kan senang tarik balik video tu, dan minta maaf atas tersilap post(mencarut dan kata kesat) kat dalam TWITTER tempoh hari, baru lah aman damai Malaysia.

Tolonglah buang sifat Hipokrit dan Ego dalam diri saudara tu.

Pesan saya jagalah solat, kerana orang yang tidak solat meruntuhkan agama. Solat itu umpama kepala kepada badan, dan Solat juga mencegah diri kita dari perkara2 yang akan menyebabkan kita masuk neraka.

Wahai Saudara GAMBIT dan semua artis lelaki yang masih bujang, kahwinlah cepat, daripada saudara hari2 buat dosa ngan kaum hawa, kan dah terang2 haram, kenapa saudara berani buat lagi?.. sebab saudara artis ke?..oh artis boleh salam2 ngan pompuan bukan mahram eh, boleh peluk2, boleh riba2.. oh artis boleh lepak2 kat PUB dan DISCO eh?.. Ooo kalau macam tu semua rakyat Malaysia nak jadi artis jugak...Hmm, kalaulah itu semua mindset para2 artis, maka Demi Allah mereka tersilap besar, Status artis bukanlah EXCUSE untuk buat maksiat la der.

Kami para blogger mengkritik bukan nak menjatuhkan air muka saudara tetapi kami takut akan azab Allah yang sedang menimpa banyak negara seluruh dunia kerana manusia berani buat apa yang Allah larang. Dan bila azab datang, bukan sahaja saudara yang kena bahkan anak isteri kami termasuk skali kerana tidak mencegah kemungkaran yang sedang berleluasa di negara kami, bertepatan dengan Sabdaan Baginda Rasulullah s.a.w..

Saudara kena terima hakikat bahawa saudara telah buat silap besar, mohon maaf bukanlah satu keaiban.. dan minta maaf mesti jelas, apa sebabnya, apa tujuannya...ok,clear..be PRO laa..Cakap nak jadi pengarah filem.

Ingat kata2 aku ni bro,

POHON YANG TINGGI, SEMAKIN KUATLAH ANGINNYA, KALAU TAKUT ANGIN,DUDUKLAH DIBAWAH.

Video tersebut  korang nilai la sendiri kalau korang ada IMAN..

0 comments:

Post a Comment