Pages

Sunday 3 April 2011

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Boleh beli buku ini di Kedai Buku berhampiran.

Mazhab Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".

2. Al-Kulaini mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat. Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".
Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".

3. Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".

Ali bin Husin berkata:
"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:
"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".


Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.
.....
Dipetik dari RasulDahri

2 comments:

HANG JEBAT said...

SALAM SAUDARA,
SAYA DAH BACA KOMEN SAUDARA DI BLOG FAISAL TEH TARIK NI,

DIA NI MUKA2 KEJAP KATA SYIAH KEJAP TAK
, BILA SAUDARA TANYA SOALAN KENAPA SYIHA HINA SAHABAT, DIA X BRANI JAWAP , DIA SENGAJA NAK MENINGGIKAN SYIAH, SAYA PUN JADI BOSAN DENGN ORG YG BERLAGAK MACAM FAISAL TU, DAH LA BIODATA DIRI UNTUK MENINGGIKAN DIRI,

couverv said...

hati hati bhai komen atau tafsir kisah para sahabat, kita x der dalam zaman tu. Silap karang dapat dosa 'MLM ' jer, Assalam. Eh, yg faisal tu dah close lah, bahaya gak ayat dia, nasib baik tertidur masa baca entry dia ( tipu !!) tidak confirm kena brainwash aku.

Post a Comment