Pages

Sunday 5 June 2011

Kenapa nak marah ni?


Salam sejahtera para pembaca sekalian, harap semua sihat wal afiat lah ye.

Sejak tiga menjak ni makin banyak pulak aku dengar isu-isu terbaru dan panas, diantaranya isu artis buat video clip separuh lucah yang kononnya INTERNATIONAL la kan, so ada la blogger2 dan peminat yang tak puas hati lalu memberi kritikan dan nasihat kepada beliau, tetapi seperti tidak bersalah beliau mencaci para blogger dan peminat beliau dengan panggilan anjing/ asshole dan siap ada Middle Finger lagi..wuhu..panas.

Apa2 pon, bawak bersabarlah cik abang oi, cuba kalau sedara buat video yang sopan skit, perlu ke dimasukkan unsur2 lucah untuk menaikkan sesuatu filem ke mata dunia?. Tu satu persoalan.

Yang keduanya, sebagai seorang muslim yang bernama Gambit Saifullah, sedara sepatutnya bersifat terbuka menerima kritikan, ini tidak, marah dan maki hamun pulak saudara kasik, come on, be positif la kan. Semua kecoh2 ni takkan berlaku la kalau saudara sayang mulut dan rendah diri, be humble.. Kan senang tarik balik video tu, dan minta maaf atas tersilap post(mencarut dan kata kesat) kat dalam TWITTER tempoh hari, baru lah aman damai Malaysia.

Tolonglah buang sifat Hipokrit dan Ego dalam diri saudara tu.

Pesan saya jagalah solat, kerana orang yang tidak solat meruntuhkan agama. Solat itu umpama kepala kepada badan, dan Solat juga mencegah diri kita dari perkara2 yang akan menyebabkan kita masuk neraka.

Wahai Saudara GAMBIT dan semua artis lelaki yang masih bujang, kahwinlah cepat, daripada saudara hari2 buat dosa ngan kaum hawa, kan dah terang2 haram, kenapa saudara berani buat lagi?.. sebab saudara artis ke?..oh artis boleh salam2 ngan pompuan bukan mahram eh, boleh peluk2, boleh riba2.. oh artis boleh lepak2 kat PUB dan DISCO eh?.. Ooo kalau macam tu semua rakyat Malaysia nak jadi artis jugak...Hmm, kalaulah itu semua mindset para2 artis, maka Demi Allah mereka tersilap besar, Status artis bukanlah EXCUSE untuk buat maksiat la der.

Kami para blogger mengkritik bukan nak menjatuhkan air muka saudara tetapi kami takut akan azab Allah yang sedang menimpa banyak negara seluruh dunia kerana manusia berani buat apa yang Allah larang. Dan bila azab datang, bukan sahaja saudara yang kena bahkan anak isteri kami termasuk skali kerana tidak mencegah kemungkaran yang sedang berleluasa di negara kami, bertepatan dengan Sabdaan Baginda Rasulullah s.a.w..

Saudara kena terima hakikat bahawa saudara telah buat silap besar, mohon maaf bukanlah satu keaiban.. dan minta maaf mesti jelas, apa sebabnya, apa tujuannya...ok,clear..be PRO laa..Cakap nak jadi pengarah filem.

Ingat kata2 aku ni bro,

POHON YANG TINGGI, SEMAKIN KUATLAH ANGINNYA, KALAU TAKUT ANGIN,DUDUKLAH DIBAWAH.

Video tersebut  korang nilai la sendiri kalau korang ada IMAN..

Sunday 3 April 2011

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Boleh beli buku ini di Kedai Buku berhampiran.

Mazhab Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".

2. Al-Kulaini mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat. Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".
Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".

3. Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".

Ali bin Husin berkata:
"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:
"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".


Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.
.....
Dipetik dari RasulDahri

Kamu kata SYIAH SESAT?

Kegembiraan terpancar diwajah seorang Ibu ber'mazhab Syiah setelah melukakan anak kandungnya sendiri sebagai tanda kesal terhadap kematian Hadrat Hasan dan Husain.

.......


Kita perlu melihat bahawa perbezaan yang besar terjadi
dengan golongan syi'ah ialah akibat berbezanya kita
dalam menilai sumber. Kebanyakan nas yang mereka
dijadikan alasan oleh golongan syi'ah bagi membina
mazhab atau pegangan mereka lahir dari sumber yang
jelas tidak kukuh, tidak sahih berdasarkan kacamata
kita. Perbezaan sumber dan pendekatan sumber membawa
kepada world-view dan bentuk amalan yang berbeza.

Dari segi kaedah pengambilan hukum, golongan Syiah
menggunakan kaedah songsang. Mereka bermula dengan
membina satu kerangka pandangan, pemikiran dan aliran
yang diasaskan di atas motif dan sumber-sumber mereka
sendiri. Kemudian mereka memilih hujjah yang sesuai
dari kitab sahih kita untuk `justify' pegangan mereka.


Misalnya mereka melihat imam-imam mereka sebagai
ma'sum, himpunan 'hadis-hadis' oleh ulama mereka
sebagai lebih tinggi martabatnya daripada himpunan
hadis-hadis sahih yang berenam (sihah sittah) dan
sebahagian sahabah yang meriwayatkan hadis dalam
Kitab-kitab sihah sittah sebagai 'menyeleweng' dan
`kafir' (astaghfirullah). Pandangan mereka yang
sedemikian lantas menjadikan hadis yang diriwayatkan
oleh sahabat-sahabat besar ini sebagai tidak sah dalam
sistem usul fiqh mereka.

Dari fahaman politik mereka, mereka membenci beberapa
orang sahabat, semuanya dengan motif politik; Aishah
(r.a), Abu Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar
(r.a) mempunyai kedudukan yang terkutuk di sisi
mereka, dengan sebab-sebab yang kita boleh fahami.

Oleh itu, mereka mengumpulkan himpunan `hadis' lain
yang dijadikan sumber rujukan utama yang boleh
menegakkan motif politik mereka. Himpunan kata-kata
oleh (kononnya) Saidina Ali (r.a.) dan imam-imam
mereka yang lain diletakkan sebagai sumber rujukan
sekunder yang penting dalam pegangan mereka.

Himpunan-himpunan ini tidak menepati kriteria `sahih'
yang dipersetujui oleh ulama-ulama hadis dari kalangan
ahlus-sunnah. Sumber sedemikian bercanggah dengan
prinsip-prinsip 'kekukuhan sumber' yang telah saya
utarakan dalam bab-bab sebelum ini dalam siri ini.

Nah, daripada sumber-sumber inilah mereka membina
aliran, mazhab atau kerangka pemikiran mereka. Dari
situ lahir cerita-ceriti sejarah yang pelik,
kisah-kisah umpama hikayat penglipur-lara. Bagi kita
yang mementingkan kesahihan sumber, kisah sebegini
hanya layak dibakul-sampahkan!

Tetapi Syiah mengutip kisah-kisah ini, menokok-tambah
apa yang perlu dan kemudian memberikan kredibiliti
dengan memberikan nama-nama kitab yang sedap disebut,
memberikan title dan gelaran yang hebat-hebat kepada
penglipur-lara berkenaan.

Daripada sumber-sumber karut ini lahirlah pandangan
mengenai sejarah awal kehidupan para sahabah yang
berbeza daripada apa yang kita biasa fahami daripada
kitab-kitab hadis sahih kita. Dari himpunan `hadis'
mereka perjalanan hidup beberapa sahabah bertukar
menjadi 180 darjah!

Berdasarkan kerangka pemikiran ini, mereka ini datang
melihat pula apa yang ada di dalam kitab-kitab hadis
sahih kita dan mengutip HANYA hadis-hadis yang boleh
dijadikan hujjah untuk fahaman karut mereka.
Hadis-hadis ini mungkin tidak sampai 1% daripada
himpunan hadis sihah sittah.

Mereka tinggalkan lebih 99% hadis sahih lain yang
memberi gambaran positif tentang Aishah (r.a), Abu
Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar (r.a).
Mereka tinggalkan lebih 99% hadis yang memberikan
hujjah yang kuat tentang kelebihan para sahabat
berkenaan, tentang pandangan Nabi terhadap mereka
secar peribadi, tentang kelayakan Abu Bakar dan Umar
terhadap kekhalifahan dan seumpamanya.

Sebaliknya mereka kutip, putar belit dan mengambil
hujjah secara out-of-context beberapa hadis sahih kita
yang walaupun qat'i dari segi thubut (kekukuhannya)
tetapi dhanni (kabur) dari segi dilalahnya. Hujjah
yang inilah yang digunakan untuk menegakkan, justify,
fahaman karut yang telah mereka bina berasaskan
kitab- kitab karut-marut mereka.

Di sini jelaslah bahawa kita dan mereka bertitik-tolak
dari sumber yang berbeza. Maka akan berbezalah juga
struktur kefahaman, pegangan dan amalan yang terbina
di atasnya.

Saya berkeyakinan kita tidak akan dapat mencapai titik
pertemuan jika berdebat dengan mereka kerana mereka
bermula dari lain, sedangkan kita bermula dari yang
lain pula. Kita Bermula Di Sini, mereka bermula di
Sana.

Sunday 24 October 2010

Selipar Buruk



(Di sebuah masjid di tepi jalanraya,kelihatan seorang haji sedang berlari2 anak dari dalam masjid.sebenarnya beliau telah menghidapi penyakit cirit birit,jadi peti simpanannya terlalu penuh maka berhajatlah beliau untuk ke tandas,setibanya di luar masjid,beliau tercari2 harta beliau yang paling berharga iaitu "selipar buruk"..oleh kerana terlalu lama mencari dan tak ketemu,maka terciritlah beliau disitu,kasihan..
 Di satu sudut yg lain,kelihatan seorang pemuda sedang berwuduk dan memakai "selipar buruk" milik tuan haji tersebut,setelah selesai beliau pun berjalan dengan bersahaja,setibanya di tangga masjid,beliau telah terlihat seorang haji sedang berdiri sambil bersandar didinding,lantas si pemuda tadi pun bertanya,'pakcik tunggu siapa?'...Harap maaf,kisah xdpt dteruskan kerana ada babak yg ngeri untuk ditayangkan.)

Pinjam atau Meminjam adalah perkara yang biasa berlaku dalam masyarakat,seperti kisah diatas yang korang baca sekejap tadi.

Satu perkara yang sangat penting dapat kita ambil pengajaran dari kisah tersebut iaitu :
Sila pinjam dengan izin, jika tidak itu tak dinamakan pinjam,itu adalah mencuri.

Kisah

1.Seorang makcik suka pinjam pinggan mangkuk jirannya sehingga lupa nak hantar balik,malah ada yang pecah..

2.Seorang jejaka suka pinjam kereta kawannya tetapi selalu lupa nak isi minyak lepas tu terlanggar tembok tak mengaku...

3.Seorang budak tadika suka pinjam pensil warna kawannya dan guna sampai patah..

Manusia semuanya pernah meminjam dan suka meminjam,oleh itu tuan-tuan dan puan-puan pinjamlah barang-barang kawan anda dengan cermat,pulanglah barang-barang mereka dengan rupa yang sama sebelum kita pinjam,itu paling-paling kurang,kalau dah rosak tu maklumkan kepada pemiliknya,berbincanglah dengan jujur.

(susahkan nak jadi manusia yang baik ni?)..